Era Amerika Syarikat Sejarah_Guam

Amerika Syarikat menawan pulau Guam semasa Perang Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Guam dijadikan sebagai sebuah stesen persinggahan untuk kapal-kapal Amerika yang belayar ke dan dari Filipina, manakala kepulauan Mariana utama ditawan oleh Jerman dan kemudiannya Jepun.

Semasa Perang Dunia Kedua, Guam diserang oleh angkatan tentera Jepun pada 8 Disember 1941. Kepulauan Mariana Utara telah menjadi sebuah negeri naungan Jepun sebelum peperangan, dan adalah orang-orang Chamorro dari sana yang dibawa masuk ke Guam untuk bertindak sebagai penterjemah serta untuk mengisi jawatan-jawatan yang lain oleh angkatan tentera pendudukan Jepun. Pendudukan Guam berlangsung sehingga lebih kurang 31 bulan. Semasa tempoh itu, kaum Chamorro Guam diperlakukan sebagai musuh pendudukan oleh askar-askar Jepun, dan menjalani atau mengalami kerja paksa, pemisahan keluarga, pemenjaraan, hukuman mati, kem tahanan, serta pelacuran. Lebih kurang seribu orang maut semasa pendudukan, menurut Testimoni Kongres pada tahun 2004. Selepas peperangan, perkara-perkara ini mengakibatkan rasa geram kaum Chamorro Guam terhadap Chamorro daripada Mariana Utara.

Amerika Syarikat kembali untuk bertempur dalam Pertempuran Guam pada 21 Julai 1944 dan menawan semula pulau itu daripada tentera Jepun. Amerika Syarikat juga menawan dan menduduki Mariana Utara. Selepas peperangan, Akta Organik Guam 1950 yang mengasaskan Guam sebagai sebuah wilayah terancang Amerika Syarikat yang tidak diperbadankan memberikan struktur kepada kerajaan Guam, serta memberikan kewarganegaraan Amerika Syarikat kepada rakyatnya.